Monday 6 July 2015

FAZBULOUS Raya by Fazura

Hai hai hai apa khabar semua, hopefully semua sihat. Sedar tak sedar perasan tak next week dah raya kan? haaaa terkejut, yes next week hahaha. Gile ah, raya laa ni langsung xde mood raya, xde feel nak raya pun. betul lah kata orang, bile kau hidup bujang dan dah bekerjaya, lagi2 yang baru kerja, umur awal (awal ke??) 20an, mmg kau dah xkan raya mood raya tu. Yup mmg tak rasa pun bagi aku, HAHAHA. kenapa? Ntahlah, maybe one thing sebab kau dah kene beli sendiri baju raya untuk kau, dah takde dah parents belikan hahahah, masa itu telah tamat. noktah. itu one of the reason lah kot, yang spoil kan mood raya, tapi nnthlah raya dah x sama macam dulu, dah x meriah. Mcam mana lah kan raya in the future nnti, tahun 2020 ke. adoii ai cannot imagine nyahhh (eh puasa cannot cannot be like this) hahaha .

Ok straight to the point lah kan malas nak bebel intro panjang2, follower sorang je, yang baca pun bape kerat jer hahahah. Tapi ai appreciate pembaca blog ai okay hahha so no worries kak nita sayang semua. (mana kak nita sekarang?). Ok seperti yang kita tahu pelakon feveret ai FAZURA da ada her own butik House Of Dolls di Bangsar uols, kalau hampa tak tau aku hempok!! HAHAHA dan tahun ni fazura melancarkan koleksi raya 2015 yang diberi nama FAZBULOUS RAYA by FAZURA. gittuwww. Total koleksi ni ada 9 rekaan sahaja, which is agak sikit, xde variety sgt but hampa fahamlah dia ni bukan fesyen designer just a fashionista yang ada butik dia sendiri. So maybe dia nak start slow2 dulu, next2 raya maybe lah dia buat koleksi besar2 mcm rizalman ke rizman ruzaini ke, xpe ai tetap sokong you faz. And setiap baju rekaan dia dinamakan sempena watak dia dalam filem2 lakonan dia. Samada yang telah ditayangkan atau yang bakal ditayangkan. HAAA kelas kan, hahaha opkos ai teruna nak tgk baju intan baizura, watak dia dalam pisau cukur. so PANAS!! ok Let's start



just in time for raya, gittuw :)



1. INTAN BAIZURA BAJU KURUNG (PRICE : RM400)

ni daripada filem pisau cukur, ok ai akan berlaku jujur ye hahaha. baju kurung ni simple je biasa je, tang lengan dia ada volume sikit which is nice but tak panjang so yang muslimah kene pakai hand sock. very the fitted (ke faz pakai ketat, ai pun tak tau) overal biasa sahaja, ai ingat yang ni akan ott sebab intan baizura kan pisau cukur very the panasss over2 tapi baju nye biasa je, but nice, but rm400?? hmmm kalau kau peminat tegar fazura sila lah dptkan but to me rm400 a bit pricey.. 

2. JULIA BAJU KURUNG (PRICE : RM450)

OK ai tak tahu julia dalam filem apa so sadis ai ni acah2 sgt minat fazura kan hahaha. naju ni cantekk for free hair people lah sebab lengan dia jarang uolss, kene pakai inner, kalau tak nampak bulu ketiak kau bergelut nak cari oxygen di situ hahaha, warna dia nice, lembut jer, detailing kat bahu pun okay, xde benda nak carut just the price rm450 MAHAL okayyy 

3. MASEIRA BAJU KURUNG (PRICE : RM450)

baju ni cutting peplum tapi bukan yang kembang nye peplum, just sedang, overal color cantik, agak ketat ada potongan gitu which ai dont know i like it or not, simple je nyah, yang buat lawa it's by fazura hahahaa but okay lah kalau ada duit mampu nak beli silakan. anda xkan kene carut kalau pakai mcm ni but kene confident kot, kalau bahu jatuh, tunduk2 muka janagn lah pakai baju nie ok..

4. IFTI LIYANA BAJU KURUNG (PRICE : RM450)

Kalau harga dia murah sikit (ok stop sebut pasal harga kita dah tahu dia a abit pricey just about the design okay) hahahaha ok baju nie CANTIK ai sukaaa hahah simple je but color dia sweet, embellishment kat hujung tangan tu cantik, so xyah pakai gelang mor mor okay hahaah maybe ada yang kata simple sgt yes it's simple but nice :) *fazura pakai mmg lah nampak nice cube kalau makcik senah pakai HAHAHA

5. NORAINI BAJU KURUNG (PRICE : RM400)

Ai tak tahu ai suke ke x baju nie, mcm suke mcm x. Too me too many design in on dress. yang lengan lawa lah dia buat gittu, but kat baju dia ada belah senget color hitam pastu tang kain pun sebelah color hitam, and it's not lined sama buat dia nampak serabut, but to me okay jeee OKAY lah hahaha 

6. KHADEJA BAJU KURUNG (PRICE : RM 350)

surprise surprise! this is my fav baju kurung from koleksi ini, hahahaha see! siapa kata ai tgk yg mahal2 je, ni rm350 je paling murah antara semua (still mahal nokkkz) HAHAH ai suke sebab color dia lawaaa nampak klasik and cutting dia bole cover tang perut kalau korg makan pelahap sgt time open haus tu kan, hahaha but very simple gak, dia just nice sebab color *mmg simple2 design fazbullous yer.. hmmm

7. LAILA BAJU KURUNG (PRICE : RM350)

AGAIN, SIMPLE BUT NICE, hmmm simpe sgt idk, faz pakai nampak lah meletop kalau org biasa pakai nnthlah hahaha but ok lah biasa2 jer.. next!

8. PUTRI FARHANA BAJU KURUNG (PRICE : RM480) 

AI SUKAAA BAJU NI, hahaha over kan padahal biasa2 je, hahah ai suke sebab ada design sikit (sikit jela) kat hujung top tu, and the embellishment pun agak lawa, yang ni macam tiru rekaan rizman ruzaini utk koleksi raya tahun lepas sikit, sikit jela but overa okay lah.. :) (still just okay jela)

9. CHE LANG BAJU KURUNG (PRICE : RM 300)

AMBOI baju diinspirasikan daripada langsuir kau mampo, sebab tu kalau tgk design dia ada warna merah lace kat hujung lengan tu. kan ? kan ? haaa nampaaakkkk! ala2 darah lah konon nye hahaha overal ni paling murah hahaha design okay black n swhite, klise but okay lah peplum macam ni x semua sesuai pakai, kalau anda rendah and agak berisi sila elakkan yer.. 

So overall design Fazbulous Raya by Fazura okay2 jela, maybe kalau dia kurangkan harga sikit, sikit pun jadilah, maybe akan ramai nak memcube dan membeli nye, but i'm sure die hard fans fazura akan tetap beli sebab katanya laku design dia nie, House of Dolls ramai org sentiasa (katanya hahah jahat aku nie). Ok aku tak tau nak melalut apa2 lagi banyak2, sebenarnya nak buat review banyak lagi pereka mcm rizalman, jovian, and etc but diorg  punye collection berpuluh2 noookk,, lagi2 jovian haish banyak gile, amboi banyak nye ilham kau (eh ILHAM ?? he he he ) hahah so ai x arat nak buat review diorg ai amek yang koleksi sikit2 jer, Rekaan fazura bole di dapati di butik dia sendiri dan juga ZALORA. kalau berkenan silalah pergi, ai x galakkan beli online sebab uols tgk sendiri kan kat zalora tu, bile model pakai, x sama mcm fazura pakai, Faz a bit curvy and model tu slim melim, so hasil nye berbeza mengikut potongan badan anda.. 

Shop wisely :)



2 comments: