hai hai hai, apa khabar semua? assalamualaikum.. heehe harini ai nak buat review mengenai product kecantikan yang ai pakai sekarang ni. (spoiler sikit hahaha sorry neutrogena). Sebelum ni ai adalah penggune setia produk simplysiti, ai dah pakai selama 3 tahun, and so far sangat bagus produk simplysiti. Kawa2n pun ramai cakap ai flawless (HAHAHAHA nak muntah bile tulis nie), well ai mmg menitik beratkan penjagaan kulit wajah nie. Sebab masa sekolah menengah kulit muke ai sangat lah nokhorom.. Teruk berjerawat, hahahah sumpah korang xkan percaya, sampai sepupu ai pernah tanya, "kau nie mmg bela jerawat kat muke ke?" AMBOI sentap ai nok bile dengar ayat dia tu sumpah celaka, bela jerawat? HAHAHAHA!
Macam produk ai try nak hilangkan jerawat time tu tapi susah sangat, and bile dah form 4 gittu jerawat dah kurang so i guess maybe time tu time form2 form3 hormon remaja tgh naik menggelegak so sebab tu jerawat naik membusung kat muke hahahaha. Bile dah form4 muke ai dah okay sikit, okaylah xde lah flawless mcm zaman masuk uni. HAHAH perasan sat*. Bile da masuk u, dah dapat duit ptptn sendiri (sadisnya ayat aku) ai pun mulelah nak pakai produk yang mahal2 sikit, sikit je xde lah mahal mana pun.. Sebab zaman sekolah pakai duit parents so segan lah nak beli yang mahal2, family ai org biasa2 je (wah wah ayat tetibe drama rashid sibir hahaha). So bile masuk u, time tu pulak siti baru launch produk dia SIMPLYSITI and ai sebagai peminat tegar dato siti mestilah teruja nok, hahahahahah! since that ai pakai produck simpysiti. Xde lah mahal mana, harga still affordable bagi ai, takdelah semahal clinique or product yang kene beli kat kaunter, harga macam level2 loreal etc. And x semurah safi, choi safi rm5.90.. hahaha xkaanlah siti nak jual murah2 sgt kan, nnti org x percaya, so sedang2 mampu milik okay lah..
AMBOI panjang nye intro ai hahahahahaahh, so kenapa tibe2 ai nak bertukar ke neutrogena pulak? Meh sini ai nak story morry. Last few months, ai pergi JPO, masa tu mmg x plan nak beli apa, so mg rambang mata masuk semua butik yang ai rasa mampu beli (AMBOI KAU JAH) hahaha time tu g fossil timberland esprit levis etc jela,. Brand mahal2 coach burberry michael kors mmg xlah nok, siap ada guard semua xpelah x mampu, *tapi org kata coach kat jpo murah, maksud nye mampu milik, handbag pompuan rm600 dah dapat dah. Ai mcm percaya sebab makcik ai ada few handbag coach dia beli kat jpo dia kata, time tu ai mcm whoaa kaya nye makcik..tapi bile dpt tahu coach jpo murah, so mcm x terkejut mana lah hahahah, tapi still rm600 mahal kot. Ok back to my story, dah pusing22 satu jpo masuk fossil dua tiga kali, esprit semua bagai, time tu agak panas mendung gilir2, muke ai yang sedia oily nie apa lagi merembes dengan lebatnya. Time tu ya Allah mmg berminyak gile muke, masa tgh deal dgn promoter kat fossil tibe2 nampak cermin "YA ALLAH minyak nye muka aku". Time tu serious macam segan gile dengan promoter fossil tu (promoter eh? bukan promoter, dia mcm pekerja dalam butik fossil hahaha) ye lah pekerja fossil kan hensem2 (heh heh heh) and cantik2 hahaha so segan lah ai nyah. Masa tu ulang alik g toilet sebab nak basuh muke sebab minyak sangat. Dah lah ai x bawak oil blotter ke apa so mmg hazab lah time tu. Mood nak shopping pun hadoi mcm malas je nak jalan2 dengan muke minyak. Tapi tetap shopping gak nyah, hahahaha beratus2 habis T.T
Lepas balik from jpo ai mcm, hmmm x bole jadi nie, kene cari product yang sesuai untuk mengatasi masalah kulit berminyak aku nie (adoi ayat sangat karangan spm) hahahaha! Kulit ai xde masalah sangat, xde jerawat dah, xde jeragat or parut yang obvious, okay2 je, just berminyak jer. So ai pun google sana google sini and found out that neutrogena sesuai untuk mengatasi masalah kulit minyak. Baca review ramai kata bagus, so ai nie mmg cepat terpengaruh so belilah product neutrogena kat watson. Uols nak tahu ai beli satu set terus hahaha sebab dah geram sangat nak hilangkan kulit minyak. hahaha Sebbek harga satu set murah je lah gak, arounf rm70 je for one set includes cleanse, toner n moisturiser. (confident tu beli one set). so ini yang ai beli :
CLEANSER : NEUTROGENA DEEP CLEAN FOAMING CLEANSER (rm20 +/-)
*thorough cleansing with long-lasting oil control with deepest feeling skin |
TONER : NEUTROGENA ALCOHOL-FREE TONER (RM20 +/-)
*won't strip skin natural moisturiser |
MOISTURISER : NEUTROGENA OIL-FREE MOISTURE COMBINATION SKIN (RM30 +/-)
*moisturises dry areas and control shine in oily areas |
*****
Harga dia agak murah jika dibandingkan dengan kuantiti dia. Cleanser tu 100g (hwhich is normal), toner 150ml (which is banyak gak to me untuk harga tu) and the moisturiser is 108ml (which is so cheap) sebab moisturiser ai before this 30g je but harga rm40. So my review, hmmm macam mana nak start, hahaha review ni ai buat lepas dua bulan lebih ai pakai product di atas :) kita mulekan dengan pencuci muke, well honestly it is a good cleanser. Serious lepas pakai kulit rasa bersih, tak kering pun. Itu yang best n membezakan dia dengan pencuci muke murah2 yang lain. HAHAHA, nak tau cuci muke tu bagus ke x, lepas pakai cube rasa kulit kita, rasa apa> best ke kering ke merekah ke? yang bagus ilah rasa bersih gile2 tapi x kering, kalau rasa kering gile and kulit mcm merekah2 mcm duduk kat iceland haa pencuci muke tu tak sesuai untuk anda. Cleanser ni xde bau , buih dia pun okay2 lah.. so the clenaser is just okay for me. To me cleanser is a cleanser means that dia just membersih, xde bagi vitamin ke apa ke sebab lepas kita bilas semua pun akan dibilas, macam kita basuh pinggan ke badan ke kereta ke, hahaha.
Next is toner, its stated that alcohol-free toner, so which is good i guess, most toner yang ada kat pasaran megandungi alcohol, sebab tu rasa sejuk je bile pakai kan, tapi yang nie xde alcohol. So bile pakai, xde lah rasa sejuk mana, biasa2 je, rasa mcm air kosong biasa je bila pakai hahaha tapi ada lah kotor2 tu tersekat kat cotton pad tuh. Honestly ai x berapa suke sgt toner nie, im not a toner fan sgt pun, but this toner nnthlah mcm xde effect sgt, kulit rasa a bit sticky (which ai sgt x suke) bile pakai this toner. i dont know why, maybe x sesuai dengan kulit ai. A bit upset sebab most reviews ai baca kata best tapi not for me i guess, ai dah pakai hampir separuh botol dah hahaha.
Next is moisturiser. Seriously dah lama ai cari oil-free mmoisturiser mcm nie, tak pernah pun tahu neutrogena ada oil free moisturiser hahaha, so bile dapat tahu terus beli and pakai. Excited gittu, sebab kulit ai kan oily, so agak sensitip dengan moisturiser, silap pakai makin minyak jadinya sebab moisturiser mmg mengandungi oil.. So bile pakai so called oil-free moisturiser from neutrogena ni, ai SANGAT KECEWA. Oil-free, but the moisturiser is very oily and sticky, i ddont know how to explain, bile ai pakai kat muke, muka jadi sangat berminyak serta merta sangat kecewa. Macam kalau x pakai pun, kulit ai xkan berminyak mcm tu. Dia x cepat menyerap, malah i guess x serap langsung. Muke rasa sticky pastu berkilat nye..duhaiii lahai. hahaha. "Control shine in oiley ares" katanya but for me give shine to all areas hahaha. MAybe x sesuai untuk kulit ai, but the fact that this moisturiser khusus untuk kulit berminyak, so ai sngt kecewa. Moisturiser ai before this, even dia kata untuk kulit biasa and x berapa sesuai untuk kulit minyak, bile ai pakai xde lah rasa berminyak mcm neutrogena nye nie. Sedih Sedih hahahaha
Tapi ai x lah terus berhenti pakai, sebab kite kene bagi peluang AT LEAST sebulan untuk satu2 product baru yang kite pakai untuk mengetahui samada ianya sesuai ke x dengan kulit kita. Nak tahu kenapa? sebab setiap sebulan kulit kita akan bersalin, so bile bersalin baru lah dia dapat adapt dengan bahan kimia baru yang kita letak. specific nye ialah 28 hari, sebab tu perasan x iklan garnier yang whitening tu? dia kata "dalam masa 28 hari, anda akan dapat lihat hasilnya" sebab lepas 28 hari baru kita tahu sesuai ke x. So i give it a try lah kan, dah habis rm70 kot hahaha. Now dah lebih daripada dua bulan ai pakai, bukan sahaja masalah minyak x hilang malah muke ai makin jadi lebih teruk. Jerawat2 kecil mule tumbuh, muka jari merekah but oily which is weird. hahaha. Dah ai x nampak flawless mcm dulu HAHAHAHA sedih. Muke pun mcm x gebu and kulit pun dah ex se-even mcm dulu. So im guessing thta this neutrogena product is not for me :) And ai akan kembali pakai product ai yang before this which is SIMPLYSITI DERMAGIC, walaupun x hilangkan masalah kulit minyak ai secara berkesan but simplysiti sesuai sengan kulit ai xde side effect. HAHAHAHA promote sangat en. Sebbek lah watson tgh buat sale gile2 sempena raya nie, so dpat lah ai beli product simplysiti dengan harga murah sikit..
Post kalai ni bukan disponsor oleh mana2 pihak (walaupun ai berharap Dato siti nak sponsor ai) hahahahaha luls. Just ak kongsi pengalaman. Kawan ai pernah cakap, mmg susah nak cari product yang sesuai dengan kulit muke kita, kite kene sentiasa cube sampai jumpe yang sesuai. MAk kau kene mencube gittu means that kene try product to another product kalau product tu x berkesan. So nak beli one set kan mahal, (kalau setakat nak try) so nasihat ai beli trial set dulu, murah nye, contoh nye simplysiti trial set is rm24++ je x silap, okay lah, bole pakai seminggu sebab cenonet je hahhaah. YAng neutrogena tu xde trial pack. choi patut nye buat lah kan? most brand ada trail pack kot, sebab depa tahu product depan x sesau dengan semua jenis kulit so depa xnak raakyat jelata membazir beli normal size sebab tu depa buat trial set. hahahah amboi mcm politik pulak, dan dan dengan harga minyak yang dah naik nie kan hahaha
So sampai di sini sahaja, nnti ai buat review product yang ai dah lama pakai sejak 3 tahun lepas hahaha bye :) selamat berpuasa
******