Monday, 29 June 2015

How to be pereka fesyen yang disegani.

Hai salam semua, dua entry dalam sehari, kau mampooo? HAHAHAHA, alang2 before this dah sebut pasal pereka fesyen fav i which is Rizman Ruzaini, laa ni ai nak tunjuk (sikit jela) mcm mana nak jadi pereka fesyen yang disegani. This is just a short entry :)


Punca utama ai tulis post ni sebab lately mcm2 hal yang berlaku di kalangan pereka fesyen tempatan, bukan yang sengkek sengkiak village people tapi yang ternama pun termasuk sekali. Dulu, pereka fesyen Ezuan Ismail (mungkin ada yang x kenal) post kat laman sosial mengenai ketidak puasan hatinya terhadap chacha maembong. Tak lupe juga bile jovian dikatakan berperang dingin dengan rizalman. Pastu issue zery zamry mengamuk lah bile rekaan baju melayu hipster dia dikritik teruk, pastu lani pereka fesyen tersohor malaysia naik berang sebab rekaan baju pengantin dia yang dia buat untuk pemenang pelamin fantasia iaitu Syawal dan Fiqa dikatakan tidak cantik dan sudah lapok.


ini baju Syawal dan Fiqa rekaan Rizalman. Bagi aku cantik jer, klasik.. :)

Malah, rizalman siap screenshot dan meng-post balik komen2 negative yang ditujukan kat dia kat instagram dia (rizalman x kaburkan nama pemilik akaun insta tersebut pun). Dan yang terbaru rizalman naik berang bile hashtag #rizalmanforzalora disalahgunekan oleh agent neelofa, malah rizalman secara open mengkritik perbuatan itu di insta dia. Boleh baca sini untuk lebih lanjut. 


Bagi ai, hmmm nntah lah. Macam buat malu kat diri sendiri pun ada. Kalau ai lah orang dok komen2 rekaan ai, biaq pi lah sama depa buat apa ai nak mengamuk x tentu pasal, diorg bukan nye beli pun baju2 yang ai buat kan (amboi feeling2 sangat ai kali nie nyah). Seriously, dear Rizalman, anda seorang pereka fesyen tersohor dan paling dihormati dan berpengaruh di Malaysia, bile anda buat benda2 macam nie (melayan karenah keyboard worrior warrior) dan secara terbuka mengpost ketidakpuasan hati anda ke laman social anda, secaratidak langsung kredibility anda sebagai seorang pereka fesyen tersohor di Malaysia telah tercalar. Knapa lah dilayan sangat mereka2 nie dear Rizalma? Buat bodoh jelaaaaaa... kata2 diorg xde memberi kesan pun kat perniagaan anda, of course siapa yang peka bab2 fesyen tahu siapa Rizalman and bagaimana hasil rekaan sentuhan anda. Anda tak perlu lah secara terang2an melawan balik kata2 negative keyboard warrior nie, seriously, diorg bukan pembeli baju anda pun, so tak perlu. 


Cube kita lihat pereka fesyen yang berjaya dan tersohor. Mana ada kes2 melenting macam nie. Tom Abang Saufi, Michael Ang dan Dato Bernard Chandran (sekadar menyebut beberapa nama) mana ada kontoversi murahan mcm nie. Mereka tak perlukan kontroversi murahan untuk mencipta nama dan jadi glamor. kalau dikritik, diorg akan buktikan yang pengkritik itu silap dengan mengeluarkan rekaan yang lebih gojes2 lagi, bukan dengan meluahkan rasa ketidakpuasan hati. Lagi satu pereka yang ai respect is Rizman Ruzaini. Baru2 nie, baju rekaan RR yang dipakai Ziana Zain dikatakan ketat dan tidak sesuai untuk wanita bertudung. Tapi RR relak jer cool jer x melenting apa pun. Sebab dia tahu dia tak perlu melayan karenah2 and publisiti murahan ni.. Serious ai respect dengan dua pereka ni. So far diorg xde pun kontroversi murahan yet orang still kenal depa, sebab apa? sebab rekaan dia meletop, bukan calang2 orang, dato siti, fazura, erra fazira antara client tetap RR okay.. Depa tak perlu masuk tv dengan kerap or whatsoever, sebab bile rekaan kau meletop, orang yang akan cari kau..so stay diva in a good way Rizman Ruzaini :)


Kesimpulan yang ai nak cakap kat sini is, dear designers, silalah jaga kredibiliti anda. Tak perlu layan keyboard warrior semua nie, tak perlu layan kontroversi murahan AND TAK PERLU SENDIRI CIPTA KONTROVERSI dengan post somthing panas kat akaun sosial media anda yer. Seriosuly, buat malu diri sendiri jer, orang akan hilang respect kat anda. Client anda mesti vvip dato2 datin2 kan? so please lah x perlu layan merepek2 itu semua.. 

No comments:

Post a Comment